Sabtu, 13 Februari 2010

cermin tak tergilap

bila amarah menguasai diri...macam2 kata, macam2 tindakan kita bley buat.
tiada silapnya juga tindakan yang diambil...
ianya mmg dapat membangunkan pihak itu untuk bangun dari tidurnya...
mmg tak boleh dibiarkan pihak itu terus tidur nyenyak diulik mimpi indah semata...
perlu adanya juga mimpi ngeri yg perlu mereka tempuh.
terima kasih sejuta kata bagi yg mengetuk dahi mereka untuk sedar...

namun cermin juga perlu digilap bagi memantulkan imej ke mata mereka yg melihat dan merenung tajam akan pihak itu...
agar kita tahu...setiap langkah bukannya akan menempuhi jalan yang lurus dan rata permukaannya...
adakalanya kita akan bertemu juga dengan simpang dan lopak...

tidak semuanya sempurna!
tidak semuanya mudah hanya dengan kata!
tidak semuanya busuk!
tidak semuanya rosak belaka!
tidak semuanya satu kata barangkali!

ada peluang toleh dan pandanglah ke atas, ke bawah, ke belakang, ke kanan, ke kiri, ke segala celahan-celahan yang ada.... tidak semestinya kita hanya pandang ke depan. kadang-kadang celah ketiak kita berdaki, pun kita tetap dok perasan daki orang.

"ada mata pandang,
ada telinga dengar,
ada mulut diam...."

tapi tu kata orang lah....
tak semestinya kita ikut jer kata tu...
boleh aje kita tak diam...tapi biarlah sematang yang boleh kalo pilih untuk tak diam....

yang memaksa mulut untuk terus terbuka ini, seharusnya diperiksa kembali, mengapa mulut tidak dapat ditutup setakat ini????
kerana tambunan yang kalian himpunkan membuatkan mulut tidak mampu lagi terkatup...maka, terbuka dan terkeluarlah segala himpunan itu...
kalian harus hantar ke workshop spare part yang ada ni agar ianya berfungsi dengan baik, bukan memusnahkan, dan memudaratkan...
walau tak semuanya yang berkarat...tapi mana yang berkarat tu, pergilah buat service skit.....

kedua-dua biji mata tolong diseimbangkan semasa melihat,
kedua-dua telinga tolong seimbangkan juga semasa mendengar,
kedua-dua bibir untuk mulut yang 1, tolong seimbangkan untuk mengeluarkan kata-kata..
gunakan seketul akal yang dikurniakan dengan sebaiknya untk kedua-dua mereka!!!!

tugas sebagai seorang pelakon ditempat baru itu wajib diteruskan...
namun harus terus juga melaksanakan tugas sebagai penimba ilmu dan bekas penimba ilmu di tempat lama itu

kerana kita perlu berpijak di bumi nyata...kita bukan burung...
yang boleh aja terapung diudara bila dah bosan bertenggek didahan...
tapi mmg juga tak mustahil kita bisa jadi burung....namun sayap yang ada akan keletihan dan kita tetap harus mendarat ke bumi....


kedua-duanya ada betul dan silap yang dibuat...cermin yang dah digilap jgn dibiarkan berhabuk...gunakanlah....