Isnin, 27 April 2009

indah ke semalam, hari ini, dan esok???

semalam.....
-pernah indah
-pernah juga berduka
-pernah aje ketawa
-pernah rasa sakitnya, peritnya
-namun aku pernah rasa bahagianya.
-lengkap

hari ini...
-ada juga bahagianya
-tapi tak seberapa
-terkongkong dek rasa yang tak semena
-adakalanya kosong
-namun cuba digirangkan
-tak disangka 'gagal'

esok...
-entahlah.....

(aku mengimpikan esok hari yang bahagia, gembira dan tiada lagi duka. aku harus terus bertatih kedepan. aku sayang semua)

bagi aku mmg tak mungkin 'patah tumbuh hilang berganti!!!'

tak mungkin ada peganti. aku tak mahu pengganti.
aku benci!!! benci!!! benci!!!
takkan mungkin dia dapat menggantikan tempat tu.
aku tak mengharapkan sesiapapun menggantikan tempat tu.
aku dah cukup senang dengan keadaan yang ada..
tapi kalau ada yang cuba mendekat, aku mmg tak da kuasa untuk melarang.
mungkin jika aku usulkan larangan aku, bisa saja jadi satu letupan.
aku cuba pujuk hati kecil aku untuk menerima, namun makin dipujuk, makin keras membatu pula hati aku ni.
hati aku tetap dengan pendiriannya "TIDAK!!!"
apa yang dia nak?
buat apa dia datang nak menyemak ni???
aku tak pernah sunyi walaupun tiada lagi kasih dari yang dulu memberi.
walau yang dulu kasihnya tak seberapa mana....namun aku sebahagian dari dia.
aku sememangnya tak mahu kasih dari yang baru ni.

aku tak mengharap yang lama kembali dan aku tak pernah langsung jugak mengharap yang baru jadi pengganti!!!!

aku buntu memikirkannya. aku mahu menyelesaikannya. tapi aku takot aku akn kehilangan yang lain pula......

Ahad, 26 April 2009

sang bulan...

"tengok tu..mlm ni bulan mengambang."
"wah cantiknya..."
"kalau saya jadi bulan?"
"saya pula jadi bintangnya."

nun jauh disana dia keseorangan...
bersendirian...
tiada teman disisi....
kadang-kadang ada si bintang je yg menemani
namun bukan setiap ketika si bintang disisi.

sunyi...
sepi...
menanti..
siapa kan menemani.

(fullamak!!! peeeerrrgggh brader, giler lentok! hahahahaaaaa.....)

Isnin, 20 April 2009

5 pengarah muda








-LIF-e (karya dan arahan Adieyka)
-IF (karya dan arahan Grazy)
-Gelanggang (karya dan arahan Kambai)
-Pokok Kelapa Sayang (karya dan arahan Wan)
-O2 (karya dan arahan Sherry)



tarikh: 16 Mei 2009
tempat : Black Box ASWARA
Waktu : tak finalize lagi

*jemputlah datang ya.............

syok nyer kalau....


aku nak rest!!!rest!!!rest!!!!
aku nak gi jalan-jalan!!!!!!!

Isnin, 13 April 2009

berlambak mcm nak mati!!!!!

huh...huh...huh... aku menghembuskan nafas sebanyak 3kali dengan kuatnya. (dah macam nafas sang kerbau daaaa...)

aku pada awalnya agak bersemangat untuk sem ni, tapi ada rasa mula goyah bila kebosanan melanda diri dan tekanan dimana aku dipaksa amik kelas. tapi tak pa...aku buat steady..(tak pun sebenarnya aku merungut gak)

tapi aritu semangat aku naik balik bila aku konvo yg dip....

tapi nampaknya sekarang ni kebosanan + tekanan tuh dah mai balik. aku tak mengerti knapa lah aku rasa bosan. padahal kali ni aku nak try benda baru...
mungkin tekanan tu taklah kat sekolah 100%, mungkin ada gak kat rumah ke...kat luar ke..kat tepi jalan ke..
dicampur lagi dengan rasa geram kat orang2 tertentu ni!!!!
suka2 ati suruh tu, suruh ni..buat keputusan ikut suka padahal kita tak mampu..dan mungkin kita nak buat benda lain. tapi terpaksa akur je lah..mereka berkuasa, sapa lah aku ni, walaupun badanku besar, tapi aku kecik jer kat sini...

tapi macam mana pun aku kena kuatkan balik semangat aku yg melayang entah kemana ni...

ada aja aku terdetik nak cau..cin..cau..(bukan baru2 ni aje. dulu pun dah pernah sekali nak cau)...
tapi tak bley. alang2 dpt blajaq free ni, teruskan aje..tapi aku takut kalu amanah utk kekalkan tu aku tak dapat nak teruskan... aku mcm takda keyakinan diri, yg aku mampu...

sekarang ni, aku ada benda yang berlambak aku nak kena buat. ada benda yg aku masih bley terima bila ditentukan. sebab tu aku gi buat gak walaupun takda lah berkembang sgt keje aku... (masih ok lah...sbb kelas dia ni rilex, tak tertekan sgt). tapi yg lain tu, dah lah kelas tertekan, keje pun tertekan, belambak plak tu...

fuh...giler -ve.

hah...hah...hah...(hembus nafas kuat2 sambil ketawa dlm hati)
aku kena +ve!!!!! aku kena gak buat kerja!!!

kalo tak, sem depan cau aje 1 sem (aik???-ve balik?)

Ahad, 12 April 2009

tak pa...

ada masanya tak semua perkara yang kita impikan itu terlaksana. kadang-kadang tu....kita rasa ianya dah dekat sungguh dengan kita, tapi apakan daya ketentuan di tangan tuhan. walau apa pun aku tetap bersyukur...at least aku pernah terpilih dikalangan yang ramai2. memang kalo diikutkan hati aku memberontak. sememangnya menjadi impian aku untuk perkara tu. aku sedih bilamana aku perlu memutuskan untuk mengatakan........TIDAK.

"bukan mudah menyusun tangga keangkasa..
bukan mudah jalanan ini untuk diharungi...
apa pun jua bisa terbukti andai langkahmu tidak terhenti...."
(maaf AF, pinjam senikata lagu hangpa)

memang tak mudah, memang tak senang aku nak kesana dulu. antara yakin dengan tidak masa tu. memang tak mudah aku nak harung hari tu. bukannya benda senang. aku tak biasa sungguhpun aku suka, sungguhpun sememangnya ianya yg aku minat.... apa2pun aku teruskan aje dlm cara yg agak sederhana. Alhamdulillah aku terpilih diantara mereka. baru dua tiga tapak aku melangkah, nampaknya aku terpaksa hentikan ia. aku tak mampu untuk teruskan dek keadaan dan kemahuan...

tak pa kali ni aku berserah aje... aku masih mengharapkan ada peluang di lain kali untuk aku. mungkin penolakkan ini akan ada hikmahnya kelak. InsyaAllah.... doakanlah daku rakan2...

Selasa, 7 April 2009

best sangat ker????


kadang2 suka,
kadang2 duka,
kadang2 ceria,
kadang2 sedey,
kadang2 bahagia,
kadang2 mcm tertekan jer keadaannya,
kadang2 happy jer,
kadang2 suram,
kadang2 sweet sangat,
kadang2 buat org kesian pulak,
kadang2 tinggal tanda tanya,
kadang2 terharu,
kadang2 buat celaru n haru biru pun ada.
kadang2...kadang2..kadang2....

byk sgt asam garamnya. hahaha.... mgkn agak meleweh benda ni, tapi dlm masa terdekat ni sekeliling aku perkara yg bersekitarkan keadaan2 diatas. aku yg tak da ilmu dlm hal ni tak bley nak kata apa lah. degaq aja lah...

Khamis, 2 April 2009

kesian budak

entah apalah salah dan silap budak2 yg tak berdosa ni agaknya ya? sapa nak dipersalahkan pun kita tak tau. hari ni aku sedih bila dengar berita ada budak diculik masa bawak basikal. pastu ada van putih yang ada 3 lelaki larikan budak tu dengan van. selepas 10jam, budak tu dicampak kedalam longkang. giller tak berperikemanusiaan. budak tu budak pompuan!!! kenapa berhati haiwan sungguh manusia2 yang dah berbulu......ketiak, hidung dan sebagainya ni???!!! giller!!!!!

cukup2lah dengan kes yg lepas2. kesianlah kat budak2 nak membesar. terbantut rasa girang mereka nak membesar dengan sinar cahaya yg gemerlapan. kalo cenggini lah,tak kesian ker diaorang kena membesar dengan kegelapan.

"thinking of you..."

Sang Arjuna mencari cinta lagi???
Tapi tak mungkin..Sang Arjuna sudah berpunya.
Apalagi yang mahu dicarinya?
Sang Bunga disisi Sang Arjuna sudah cukup indah, sudah cukup masak dan ranum bersama Sang Arjuna sekian lama...
Mengapa perlu Arjuna mencari Bunga lain?

Apakah yang bermain di fikiran Sang Arjuna??
Kemana perginya kewarasan yg selama ini diagungkan?
Sang Arjuna!!!!!!

Tiap kata2 darimu tidak dibumi nyata..
Kau di awang-awangan ke...wahai Sang Arjuna???
Entah dari kayangan mana dikau datang???
Entah dari bumi mana kau muncul???
Tiba2......
Tak dapat diterima dek akal aku yg cetek ini sungguh rasanya...

Masaklah, peramlah, tumislah, gorenglah, bla...bla...bla... dengan setiap kata2mu. berilah daku ruang untuk ku berfikir secara logik!!!!

*saje nak inform= tajuk tu saja2 je. meminjam dari ayat seorang sahabat.

Rabu, 1 April 2009

ada ke chance???


ni lah dulu salah satu daripada impian aku yang suci murni terhadap makhluk tuhan yang hampir sifatnya dengan manusia.... dulu, aku pernah menyimpan angan-angan untuk membela seekor anak orang utan.. kiut kan??? aku dulu-dulu selalu fikir, kalaulah tarzan boleh hidup dibela oleh gorilla... boleh tak aku nak terbalikkan. tapi aku tak nak lah bela gorilla...aku nak bela orang utan sebab lebih comel. tapi tu suatu yang tak mungkin kan... tapi jauh di sudut 360 darjah di hati aku ni teringin giler!!!!!! eeeemmmm..... =(