Ahad, 31 Mei 2009

kumbang betullah aku ni!!!

dah lama aku tak kemari....
lama sungguh aku tinggalkan dikau...
rindu rasanya, tapi apa kan daya...
buzy....wahailah blog yang kusayangi....

tadi aku baru jer lepas buat exam merangkap show ngan kengkawan kat depan 'orang kuat'... tapi sebelum tu, aku nak puji pada kengkawan yang memang ada inisiatif pada siang tadi.... aku bagi korang 5 bintang akan inisiatif tu...korang memang gigih. aku suka energy korang bila bersama untuk membina dan menggilap gerak korang pagi tadi. takpa..hasilnya walaupun kurang, tapi masih 'ada'. ini yang dikatakan "ia ada dalam tiada" (bak kata Dr. Ghouse)

namun apakan daya juga...mungkin korang dah buat sehabis baik tadi...kan...
tapi show tadi...
sesungguhnya aku amat berasa kecewa pada diri aku sendiri. apa yang aku buat ni????
sumbang!!!mambang!!!kumbang!!!betullah.....

kenapa aku macam tu?? aku dah lama tau, aku memang takda bakat dalam bidang tu... tapi untuk tadi sebenarnya aku cuba untuk berjaga2 dan aku nak buat dengan baik...tapi lain pulak jadinya. aku harapkan aku dapat cuba buat tangkai bunga (sebab 2kwn lagi dah memang bunga mekar, so, aku harap dapat buat tangkainya lah...) tak sangka taik jadinya.........

sori lah kawan2, aku rosakkan show korang.
aku tak nak lah buat part macam tu lagi...ke laut perginya...

kalo laut patutnya indah, aku buat laut bertsunami tadi....
aku memang teruk untuk tggjwb sebentar tadi... sori

Sabtu, 23 Mei 2009

keje baru

bila peluangnya nak rest ni????
ingatkan lepas ni bley enjoy2 kejap...........rupanya tak.
huh..sekarang ni aku dah kena start keje untuk next projek pulak.
aku akan set up cepat2 org2nya..supaya aku dapat campak segala kerja ni pada org tu.. sepertimana aku pun dicampak jugak aritu..

aku nak buat elok2 kali ni..
aku harap cikgu2 sudi membantu aku..
ek ewah...feeling2 plak aku ni.

keje baru ni aku akan buat keseluruhan??
aaarrrggghhhh....bayar lah!! hahaha..... (bak kata xavier)
rasanya ya. kali ni aku kena keje keseluruhan tu.. so, aku kena keje cepat!!!!
come on!!! cepat durian basi!!! kalo tak, kang basi betul!!!!
cepat!!!!

dah siap???

tak jadi pulak....???!!!!
aku ada laaaaa....cuba untuk buat sikit2. tapi tak jadi digunakan pulak.
ye lah...maklumlah aku lukis tu macam _ _ _ _ _ _ _ _ _ _________ .
dalam diam benda ni dah siap rupanya....
aku rasa lega lah sikit sbb tak payah aku nak gi menceroboh utk gi ukur tempatnya. tapi....aku nak belajar benda tu..
dan esok, aku rasa, aku tak patut bergambar untuk itu, kerana itu bukan hasil kerja aku.

nampak gayanya aku akan minta untuk diturunkan jawatannya..hahahahaaaaaaa....
tak pa, mungkin lain kali aku akan dapat peluangnya...
aku akan menunggu...

Khamis, 21 Mei 2009

aku....aku....

lepas satu..satu lagi yang mendatang.
lepas kerah...kena kerah lagi 4 kerat aku.
tapi kali ni lain sikit, "tradisional".
aku harap aku bley buatlah kali ni...

fuh.....
idea oh idea...
marilah kemari..

macamana ni? aku dah mula rasa tak yakin???!!!
aku tak bley camni. aku kena buat!!!
aku tak tau lah betul ker ni yang aku pilih untuk peta aku.
aku mesti teruskan.
tak aku nafikan, benda ni betul2 susah utk aku. tapi aku nak!!
aku pilih ni sebab aku nak ada sampingan, tapi setakat saat ni, aku tak nampak lagi sampingan tu pada aku....

padan muka aku.... =(

Selasa, 19 Mei 2009

aku penat, dan aku tau korang juga penat...

lega sikit rasanya bila tugasan terbesar untuk sem ni aku dah settlekan. sakit tulang 4 kerat yang aku ada. tak pa... walau aku gemok, aku tak bley lembik, aku kena kuat macam jantan.
kadang kala masa prosesnya aku sedih, kadang kala aku gembira, kadang kala aku tak faham...dan macam2 lagilah.
giler penat!
aku tak tau lah knapa sumer benda aku nak gi hadap sorang...
tapi sori...ada 2 org yang aku banyak nyusahkan si cina ngan pak tam.....
sori kwn.. tq.
tq jugak pada geng K yg lain...
huhuhu...
sori korang terpaksa penat bersama.
aku tak jalankan tugas aku dengan baik. korang terkelam kabut sama dengan aku yang kelam kelibut serabut ni....
sori.....
aku amat berharap agar kita semua dapat jadi terbaik.
harap korang dapat beri tunjuk ajar pada aku....

Selasa, 12 Mei 2009

abis lah aku!!!

hari ini aku akan melangkah ke dewan peperiksaan. aku seperti pergi menempah maut. aku tiada apa untuk dicurahkan ke atas kepingan kertas yang bakal aku terima sebentar lagi. apa yang bakal berlaku kelak??????




merepek ajer laaaa....