Rabu, 14 Oktober 2009

13 Oktober 2009 aku moody giler babai lah....

bermula dari jam 12.00am hingga ke 8am (13 Okt 2009), aku mengadap pc utk menyiapkan 1 kerja kumpulan yang sebaik2nya dibuat bertiga... namun, dah jadi lumrah buat keje last minute kan???? aku jugaklah yg mengadap dengan posisi pc yg sangat tak selesa nie... aku buat sambil duduk atas lantai... (sebab pc aku atas meje kecik jer).. selama berjam2 tue aku mengadap mcm2 posisi aku ubah diri aku... akhirnya aku merasakan bahawa badan aku teramat sakit!!!!

aku seronok bila tugasan ini adalah berkumpulan. aku seronok juga bila idea utk buat tugasan nie adalah idea perniagaan yg aku nak buat... tapi aku cukup tak sangka boleh dikatakan 80%, aku yg buatkan. aku sedihlah sikit. dan aku tak dapat nak tahan akan kegeraman aku pada rakan2. aku pun sama2 penat. pagi isnin aku ke kelas sama ngan korang pkul 9am. pastu aku terus stay kt sekolah tue utk dapatkan maklumat... korang???? mungkin ada yang berkesempatan pulang ke rumah tercinta, ada yang ke kelas lain. namun malam hari???? aku tak berkesempatan singgah kerumah aku pun petang tue... aku terus ke IB. Entah kenapalah agaknya kan, akulah yang menunggu di sekolah bagi mendapatkan contoh! aku jugaklah yang membuatkannya di mlm hari!!! korang ada nak membantu, tapi apa yang dihantar adalah 18 mukasurat yang aku taip!!! yg korang taip, mana!!!!

mungkin aku jadi teramat marah bila ada yg bertanya akan tugasan tu "dah siap?" aku tak bley blah ngan soalan tue... aku bertanya kat diri sendiri, "aku sorang jer ke yg kena buat?" aku try utk faham orang tue..mungkin dia agak berbeza sikit, mungkin kena cakap btul2 bagi dia faham, tapi kenapa selasa nak antar, isnin tue baru nak tanya macam tue??? aku malas cakap banyak. aku buat je lah ye malam tu... walaupun aku sama2 ada show ngan salah sorang lagi rakan. aku kelam kabut balik utk buat....

tgh mlm tu salah sorang nie ada gak tlg aku.. walau pun sikit.Kami berhubung dengan menggunakan teknologi canggih "facebook". Namun begitu aku tak da hati nak layan orang. Sebab risaukan tugasan nie.. last sekali aku kata je kat dia yg aku nak tido. tapi aku tak tido sebenarnya, aku teruskan membuat kerja tu sampai ke pagi...

bila hari nak menghantarkannya, aku ada harapkan dalam hati aku bahawa rakan2 sekumpulan aku akan bagi bahan tambahan utk diselitkan sekali. tak kisahlah berkenaan apa pun... yg rakan aku dah bermsj2 ngan aku tue ada buat keje skit, dia cari kat internet, tapi takda pun bahan tue utk diselitkan dan dihantar. kenapa kalo benda tu tak boleh di copy n paste, knapa dia tak taip buat 1 perenggan ayat ker tentang apa maklumat yang dia cari tu??? aku sedih work kali nie....

mungkin pada awal ari tu... aku yang nampak agak malas ngan tugasan nie... tapi tak da rasa macam nak lepas kan kawan2 aku buat kan.. aku tetap gagahkan diri untuk buat. akhirnya siap jugak walaupun tak sempurna... kepada kawan2 sekumpulan, terima kasih... kawan yang turut membantu, terima kasih jugak....

sori pada kawan2 sebab aku tarik muka ngan korang, aku mmg tak bley blah ngan korang waktu tue... aku mmg moody pada hari tue...mungkin kalo korang bukan sekumpulan ngan aku, korang takkan terkena moody aku tue...

Bila kita dengan manusia....

aku diantara rakan2 yg terpilih ke suatu destinasi pada awalnya.. aku gumbira untuk itu kerana rakan2 lain yg akan gi pun yg best2. yg aku dah biasa... tapi apakan daya bilamana tiba waktunya utk konfemkan benda nie tetiba nama aku dah digugurkan. aku ada rasa lah macam apa yg manusia lain bakal rasa... iaitu "kecewa". tapi apakan daya? aku tak mampu ubah keputusan yg dah dibuat. tapi aku dapat terima keadaan itu...walau terpaksa bersedih jugaklah...

mlm sebelum dpt keputusan tue..aku bermesej ngan insan yg terlibat dgn projek nie, pagi esk nya pun aku yg bermesej ngan insan nie, tghari tue, aku jugak yg terbertemu dengan insan nie..katanya kita akan berjumpa ptg nie...aku dengan rasa yg gumbira, memberitahu akan perjumpaan tu pada rakan2 yg sepatutnya.... tapi bagaikan cermin yg pecah secara tiba2 bila aku tak dapat panggilan seperti mana rakan2 aku yg lain dapat...

aku secara kemanusiaannya teramat-amat-amat sedih... tapi aku rasa aku mampu tahan sebab ada sesekali jjugak terdetik kat ati aku nie yg aku takkan dapat pergi.... serius aku tak tau macamana aku nak kata perasaan aku masa kwn2 aku dipanggil tapi aku yg menginform diaorg pasal benda nie, tak dipanggil. aku cuma kata pada diri aku... "takpa....mungkin nie blum rezeki ko..ko sabar je ye ct.."

masa dlm sebuah kenderaan bermotor, aku tidak meminta untuk mendapatkan penjelasan apa2 dari pengurusnya..namun pengurusnya sendiri yg buka mulut utk perkara itu.... aku terus mendengar dengan hati yg cuba menerima segalanya dgn baik. sesungguhnya aku langsung tiada rasa marah... aku cuma rasa sedih sikit jer.... aku terus mendengar alasan yg diberikan. namun tak tau kenapa aku mcm rasa ada benda yg tak best jer... mcm ada yg tak logik. bila mana aku tau apa kedudukan yg akan aku duduki utk projek nie... aku rasa amat tak logik jika kedudukan itu adalah untuk aku... aku teramat merasakan aku belum layak utk itu.. nie bukan projek ke taman budaya KL jer tau... nie projek ke luar negara!!!! tak mungkin aku akan menerima kedudukan itu.... ianya terlalu besar utk aku. namun begitu, aku tetap mendengar... dan sepanjang perjalanan hanya 1 ayat yang terpacul dari bibir aku yg tak berapa nak seksi nie... "tak palah puan...mungkin nie bukan rezeki saya..." hanya itulah kata2 dari aku..

dalam hal nie.. aku tak salahkan sesiapa. aku tetap menyatakan pada diri aku, yg blum sampai rezeki aku lagi kot... aku tak marah langsung pada insan dan juga aku langsung tak marah pada pengurus... aku paham bila mana ada kuasa yg lebih besar utk buatkan sesuatu keputusan. aku paham bila mau kurangkan penglibatan manusia.. mungkin jika alasan itu saja aku dah cukup tenang. tak perlu panjang lebar... ketenangan bakal lari entah kemana, yang aku takot aku tak dapat nak kejar balik ketenangan tue...

namun begitu, aku tak tau lah..kenapa ada suatu hari tue, rezeki aku agaknyalah... utk dapat lihat pulak kebenaran akan kedudukan aku yg patut aku duduki utk projek nie... aku tak sangka apa yg dikatakan semasa dlm kenderaan bermotor tue bukanlah kedudukan yg sebenar patutnya aku duduki... lain sebenarnya. dan kedudukan yg sebenarnya itu adalah kedudukan yg mmg dari awal aku rasakan. tapi tak pa.. mulut bisa aja menciptakan perkataan2... mulut bisa aja menyampaikan.. terpulanglah pada sang otak dan akal utk menaksirkannya....

aku tak pernah rasa nak marah pada sesiapa dalam kes nie... aku terima segalanya. terima kasih Tuhan kerana ini satu pengajaran juga pada aku....