Rabu, 14 Oktober 2009

Bila kita dengan manusia....

aku diantara rakan2 yg terpilih ke suatu destinasi pada awalnya.. aku gumbira untuk itu kerana rakan2 lain yg akan gi pun yg best2. yg aku dah biasa... tapi apakan daya bilamana tiba waktunya utk konfemkan benda nie tetiba nama aku dah digugurkan. aku ada rasa lah macam apa yg manusia lain bakal rasa... iaitu "kecewa". tapi apakan daya? aku tak mampu ubah keputusan yg dah dibuat. tapi aku dapat terima keadaan itu...walau terpaksa bersedih jugaklah...

mlm sebelum dpt keputusan tue..aku bermesej ngan insan yg terlibat dgn projek nie, pagi esk nya pun aku yg bermesej ngan insan nie, tghari tue, aku jugak yg terbertemu dengan insan nie..katanya kita akan berjumpa ptg nie...aku dengan rasa yg gumbira, memberitahu akan perjumpaan tu pada rakan2 yg sepatutnya.... tapi bagaikan cermin yg pecah secara tiba2 bila aku tak dapat panggilan seperti mana rakan2 aku yg lain dapat...

aku secara kemanusiaannya teramat-amat-amat sedih... tapi aku rasa aku mampu tahan sebab ada sesekali jjugak terdetik kat ati aku nie yg aku takkan dapat pergi.... serius aku tak tau macamana aku nak kata perasaan aku masa kwn2 aku dipanggil tapi aku yg menginform diaorg pasal benda nie, tak dipanggil. aku cuma kata pada diri aku... "takpa....mungkin nie blum rezeki ko..ko sabar je ye ct.."

masa dlm sebuah kenderaan bermotor, aku tidak meminta untuk mendapatkan penjelasan apa2 dari pengurusnya..namun pengurusnya sendiri yg buka mulut utk perkara itu.... aku terus mendengar dengan hati yg cuba menerima segalanya dgn baik. sesungguhnya aku langsung tiada rasa marah... aku cuma rasa sedih sikit jer.... aku terus mendengar alasan yg diberikan. namun tak tau kenapa aku mcm rasa ada benda yg tak best jer... mcm ada yg tak logik. bila mana aku tau apa kedudukan yg akan aku duduki utk projek nie... aku rasa amat tak logik jika kedudukan itu adalah untuk aku... aku teramat merasakan aku belum layak utk itu.. nie bukan projek ke taman budaya KL jer tau... nie projek ke luar negara!!!! tak mungkin aku akan menerima kedudukan itu.... ianya terlalu besar utk aku. namun begitu, aku tetap mendengar... dan sepanjang perjalanan hanya 1 ayat yang terpacul dari bibir aku yg tak berapa nak seksi nie... "tak palah puan...mungkin nie bukan rezeki saya..." hanya itulah kata2 dari aku..

dalam hal nie.. aku tak salahkan sesiapa. aku tetap menyatakan pada diri aku, yg blum sampai rezeki aku lagi kot... aku tak marah langsung pada insan dan juga aku langsung tak marah pada pengurus... aku paham bila mana ada kuasa yg lebih besar utk buatkan sesuatu keputusan. aku paham bila mau kurangkan penglibatan manusia.. mungkin jika alasan itu saja aku dah cukup tenang. tak perlu panjang lebar... ketenangan bakal lari entah kemana, yang aku takot aku tak dapat nak kejar balik ketenangan tue...

namun begitu, aku tak tau lah..kenapa ada suatu hari tue, rezeki aku agaknyalah... utk dapat lihat pulak kebenaran akan kedudukan aku yg patut aku duduki utk projek nie... aku tak sangka apa yg dikatakan semasa dlm kenderaan bermotor tue bukanlah kedudukan yg sebenar patutnya aku duduki... lain sebenarnya. dan kedudukan yg sebenarnya itu adalah kedudukan yg mmg dari awal aku rasakan. tapi tak pa.. mulut bisa aja menciptakan perkataan2... mulut bisa aja menyampaikan.. terpulanglah pada sang otak dan akal utk menaksirkannya....

aku tak pernah rasa nak marah pada sesiapa dalam kes nie... aku terima segalanya. terima kasih Tuhan kerana ini satu pengajaran juga pada aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan