Ahad, 29 Mac 2009

kembara seniman jalanan


semalam ini lah filem yg aku pegi tonton sorang diri sorang senyawa.aku gi tonton kat panggung colliseum jln tar. tayangan dia sempena program merakyatkan filem.filem ni lakonan org2 top mcm m.nasir, pian habib, katijah ibrahim, imuda,dll. filem ni dulu ditayangkan masa tu aku pun tak lahir lagi. setahu aku, filem ni dulu dimainkan februari 1986.

kisah bujang yg berjumpa dengan pencopet yg namanya osman tikus. osman copet dompet bujang. bujang masa tu nak gi syarikat rakaman johan. tapi balik dlm keadaan hampa. bujang ke kedai burger, dan ternampak osman, terus dia kejar osman. akhirnya osman dan bujang berbaik dan tinggal sama-sama kat sebuah rumah kosong yg buruk. esk nya bujang pegi semula ke syarikat rakaman johan untuk audition. tapi johan menghina gaya bujang yg nmpk agak lekeh. bujang terus kecewa. johan ciplak lagu yg dinyanyikan oleh bujang masa audition tu dan didangdutkan sikit lagu bujang tu, lalu dia muatkan lagu tu dlm album artis lain iaitu fareez. selepas pada tu, bujang dan osman terus menjadi penyanyi jalanan dengan buat persembahan secara baskin. bujang dapat tau lagunya diciplak lalu bujang pegi menyerang sesi promosi album fareez. bujang dan osman ditahan di lokap. selepas itu dia dan osman di jamin oleh seorang gadis dari syarikat rakaman 'halal'. selepas pada itu, bujang mula jadi artis rakaman. akhirnya syarikat rakaman halal mengadakan sebuah konsert besar-besaran di panggung aniversary untuk tujuan hapuskan cetak rompak. bujang yang menggunakan nama jebat untuk album, sama-sama dengan artis top lain buat show. antara artis lain yg sama2 buat konsert tu ialah search, sweet charity dan blues gang. akhirnya juga tempat cetak rompak johan terbakar. hahahaha... padan muka!!!

aku tengok citer ni agak simple dan ada mesej tersendiri. dapat kita lihat bagaimana perasaan seseorang seniman tu bila dia bersusah payah menghasilkan sesuatu karya tetapi lepas tu diciplak!! dicetak rompak!! tak guna punya pencetak rompak!!!

aku layan aje tengok citer ni semlm. apa yg aku tak berapa nak layan masa aku tonton filem ni ialah org2 keliling. maksud aku penonton2 lain. geram plak aku.aku dah naik konfius kat dalam tu...aku nak tengok filem ke nak tgk diaorang?? aku nak dengar dialog m.nasir ke, aku nak dengar diaorang terjerit2 kat dalam tu panggil2 kwn???? aduiiii geram btul aku semlm. masing2 dh ganyut! tapi mcm budak tak akhil baligh plak perangainya. dok main tukar2 tmpt duduk. kejap ke depan kejap kebelakang!!! nak di jerkah, org2nya dah bangka2. tau lah tayangan ni free...tak pyh lah nak belakon sama kt dlm tu. sendiri mau ingat lah kawan!!!

Jumaat, 27 Mac 2009

teman di kala suka, dikala duka, dan di pelbagai kala laaaahhh....



teman-teman di pelbagai kala....
aku mahu meninggalkan kalian...
aku harap aku akan laksanakannya perlahan2

nangis????

bila sedih, nangis?
bila gembira, nangis?
bila sakit, nangis?
bila kecewa, nangis?
bila rindu, nangis?

memang sifat semulajadi utama ker nangis2 ni???

Khamis, 26 Mac 2009

SuAtU mAsA...(m.nasir)



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku...

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan...

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan...

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku...

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya...

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah...

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima...

(ni lah lagu m.nasir yg paling aku gila-gilakan!!!)

Rabu, 25 Mac 2009

"bawang kecil bawang besar"

"hai ct..."
"aik?? mcmana tau nama saya?"
"saya tau nama awak. betul kan? nama awak ct kan? saya pernah tengok awak."
"bila masa?"
"Anak bulan kampung wa' hassan.."


pada jam 02:04pm tadi aku dapat 1 mesej dari budak yg aku tak pernah jumpa selama ni. budak ni bgtau aku yg:

'abg man dah meninggal dunia kul 8 pg td...sama2 kte sume sedekahkan al-fatiha...'

aku yg baru saja menjejakkan kaki ke dalam library terkejut dengan berita tu. aku tak percaya. tak tahu kenapa aku rasa mcm susah untuk aku percaya berita tu... aku kol balik budak yg msg aku tu... rupanya berita tu benar!!! aku kol 1 lagi kwn aku...dan berita itu tetap benar!!!

dia pernah:
-teka nama aku dengan tepat sekali!!!
-dia pernah mengajar aku bergurindam!!!
-duduk di kaki lima bersama aku, sambil berbincang mengenai skrip!!!
-kata aku nyanyi tak lepas mcm anjing tersepit!!!
-dtg dari shah alam semata-mata untuk membantu aku memahami senaskah skrip walaupun dia sedang sibuk dengan kerja-kerjanya!!!
-memberikan aku senaskah skrip hasil tulisannya yg dlm keadaan 70% siap, meminta pandangan aku untuk menyelesaikan cerita berkenaan, dan skrip itu adalah untuk aku!!!

dalam tangan aku masih ada skrip yang dia tuliskan "bawang kecil bawang besar" (kay & bee). aku akan terus pelihara skrip yg dia berikan.. jika ada kesempatan akan aku selesaikan naskahnya dan aku pentaskan naskahnya itu InsyaAllah...

pada aku, dia tersangat baik orangnya...

-Al-Fatihah...-

Isnin, 23 Mac 2009

fuh lega....

show selama 10 hari...
show nya ada 12 sesi...
akhirnya settle..hahaha..
leganya rasa.!!! lepas ni haha...tunggu 1 perkara lagi. katanya harap2 dlm seminggu akan dapat...harap2 jugak betul2 akan dpt dlm seminggulah....
yummyyyy...yummyyyyyy!!!!!!

alhamdulillah...

aku dah dapat dah gulungan kertas penting tu..
syok nyer dapat berkumpul balik ngan semua kawan2 lama..
syok lagi bila aku tengok muka happy kat mak aku..
aku tetap nak hantar rasa kegembiraan ni kepada bapak aku...
Alhamdulillah...terima kasih ya Tuhan... =)

Jumaat, 13 Mac 2009

knapa tak mau tulun???

"apa yang penting????"
"KERJAAAASAMAAAA!!!!"

kalaulah dah istilahnya 'dengan kerjasama' kenapa mereka-reka ni tak mau tulun ya?? apabila kita-kita ni diperlukan, dijerkah-jerkahnya... apabila twinkle-twinkle little 'star' yg buat hal, kita-kita ni yg dipersalahkan... kita-kita ni ramai yg studi lagi..knapa sekeping kertas rasmi yg dipinta, susah utk diberikan??? bkn apa, kalo kita-kita ni lmbt ke lokasinya, kang dijerkahnya... tp mcmana kita nak tinggalkan tmpt studi kita tu mcm tu aje.... yelah kita-kita ni fhm guna 'budi bicara', tp kalolah yg mengguna kudrat kita-kita ni tak mau tulun, rasanya agak payah kita-kita ni nak berbudi bicara semata-mata...
"hitam putih" kehidupan sungguh rasanya.

-aku yg mewakili byk naluri, hati, otak, limpa, peparu, ginjal, jantung, usus, pankreas, medula ablonggata...bla..bla..bla......

Isnin, 9 Mac 2009

tak lama lagiii

dalam beberapa hari lagi, aku akan memperoleh segulung kertas penting. aku happy untuk itu. tapi aku sedih untuk ke arah itu. patutnya 2 insan terpenting dalam hidup aku mesti datang tgk aku naik pentas tu...tapi salah sorang je yang akan dapat tengok aku... aku tetap nak dedicate perkara ni pada bapak aku.....

Sabtu, 7 Mac 2009

kenapa perlu??????????

banyak kali aku fikir sebenarnya. "kenapa perlu kita ADA ORANG DALAM????"

hari ni aku naik teksi, aku borak ngan pakcik driver ni...tiba-tiba pakcik ni tanya aku "nak tak mau kerja gomen?" aku balas balik "saya masih study pak cik, knapa?" lepas tu pakcik tu kata "sekarang ni banyak bahagian nak buka kerja, banyak jawatan-jawatan yang akan dibuka untuk interview." dalam hati aku tertanya-tanya betul ke pakcik ni...? bukan ke sekarang ni banyak tempat dah start buang-buang pekerja??? pakcik tu kata lagi "anak ada saudara mara yang keje gomen? kalau ada senang sikit anak nak dapat keje ngan gomen." tetiba aku nak emosional sendiri...aku tak faham kenapa kita kena macam tu? jadi apa gunanyam kertas yang kita susah payah baru bleh dapat tu??? yang aku ala-ala bengkek lagi kat cerita pakcik ni..."kalau ada orang dalam memang senang nak... kalau kan, kita ada orang dalam, masa interview tu pegawai tu akan tanya senang-senang je.... kalau yang takda org dlam memang dia akan tanya yang susah-susah... kalaulah anak ni ada orang dalam, dia mesti akan tanya tadi datang sini naik apa? dah sarapan? tadi sarapan makan apa?" kata pakcik tu lagi "kalaulah anak tak ada orang dalam dia akan tanya soalan yang pasal undang-undang, pasal sistem berajalah...macam-macamlah nak... anak pakcik, ada yang baca beria-ia, tapi masa interview orang tu tanya tadi makan apa??? tu je. lepas tu terus pegawai tu kata, hah nanti 26hb datanglah masuk kerja...."

rasa-rasanya kenapa macam tu ye? aku ni bukan nak anti kerajaan, tapi aku tak faham sistem yang macam tu...apalah salahnya beri kerja tu pada orang yang berpatutan...

bukalah peluang untuk orang mempelajari sesuatu, bukannya beri pada sanak saudara saja...!!!

Jumaat, 6 Mac 2009

Manusia....oh....manusia....

kekadang tak faham dengan sifat sesama manusia...

mana hak kebebasan seseorang yang juga adalah suatu "MANUSIA"..


setiap orang tu mungkin ada sesuatu yang nak disampaikan dan nak diketengahkan...

pasti seseorang tu ada pendapatnya yang tersendiri..tapi kenapa dia perlu terus disuruh tutup mulut???? tiada hak kah untuk dia gunakan mulutnya untuk tujuan menyampaikan pandangan dan pendapat dia???


kalau itu projek dia, seharusnya dia diberi peluang untuk bersuara..dia seharusnya diberi laluan untuk menyatakan apa yang mahu dia lakukan... kalau ada yang tak kena, rasanya tunjuk ajar tu penting....

tapi mungkin tu lah yang dikatakan kita kena perlu "kibod"!!! pada orang-orang macam ni...

barulah boleh kita diterima dengan mudah???


"kibod" = kaki bodek

Rabu, 4 Mac 2009

Syukur.....Alhamdulillah...

Ya Tuhan....kau sememangnya Maha berkuasa...
Syukur Alhamdulillah....ya Tuhan...
sesungguhnya aku amat menantikannya...hari ini kau telah sampaikannya pada ku...
InsyaAllah...akan aku cuba laksanakannya dengan sebaik mungkin...

sYok nyer.....

aku rasa macam mimpi bila aku berpeluang tengok salah sorang artis yang agak terkenal kat negara aku... tak tau lah kat negara korang dia terkenal ke tak....

aku tak sangka yang aku dapat bersemuka dengan sifu Malaysia....
lagi aku tak sangka yang aku dapat on stage ngan kawan2 aku untuk backup show dia....!!!!
ppeeerrrrgggghhhhh brader.....macam di awang-awangan rasanya...

mmg tabik spring arr kat dia... peminat dia seantero nusantara tuuuu....
mcm2 lapisan msyrkt mai tengok.....huh...gamat panggung di buatnya..

"Dah lagu tu...nak lagu mana lagi???"

mmg world lah...hahaha

x tau nak kata apa....

agaknya aku penat sikitlah sekarang ni...
kelas lagi...latihan lagi....
huh.... tak tau nak kata apa...
penat beb kalo kelas tiap2 hari pagi buta...pastu balik malam buta...

agaknya disebabkan kepenatan yang terlampau ni lah sekarang aku makin kalut.
benda yang patut aku bawak...aku tetinggal...
bukan sekali...dah berkali-kali dah macam ni dalam masa terdekat..

aku tak fahamlah apa nak jadi ngan aku sekarang ni...