
semalam ini lah filem yg aku pegi tonton sorang diri sorang senyawa.aku gi tonton kat panggung colliseum jln tar. tayangan dia sempena program merakyatkan filem.filem ni lakonan org2 top mcm m.nasir, pian habib, katijah ibrahim, imuda,dll. filem ni dulu ditayangkan masa tu aku pun tak lahir lagi. setahu aku, filem ni dulu dimainkan februari 1986.
kisah bujang yg berjumpa dengan pencopet yg namanya osman tikus. osman copet dompet bujang. bujang masa tu nak gi syarikat rakaman johan. tapi balik dlm keadaan hampa. bujang ke kedai burger, dan ternampak osman, terus dia kejar osman. akhirnya osman dan bujang berbaik dan tinggal sama-sama kat sebuah rumah kosong yg buruk. esk nya bujang pegi semula ke syarikat rakaman johan untuk audition. tapi johan menghina gaya bujang yg nmpk agak lekeh. bujang terus kecewa. johan ciplak lagu yg dinyanyikan oleh bujang masa audition tu dan didangdutkan sikit lagu bujang tu, lalu dia muatkan lagu tu dlm album artis lain iaitu fareez. selepas pada tu, bujang dan osman terus menjadi penyanyi jalanan dengan buat persembahan secara baskin. bujang dapat tau lagunya diciplak lalu bujang pegi menyerang sesi promosi album fareez. bujang dan osman ditahan di lokap. selepas itu dia dan osman di jamin oleh seorang gadis dari syarikat rakaman 'halal'. selepas pada itu, bujang mula jadi artis rakaman. akhirnya syarikat rakaman halal mengadakan sebuah konsert besar-besaran di panggung aniversary untuk tujuan hapuskan cetak rompak. bujang yang menggunakan nama jebat untuk album, sama-sama dengan artis top lain buat show. antara artis lain yg sama2 buat konsert tu ialah search, sweet charity dan blues gang. akhirnya juga tempat cetak rompak johan terbakar. hahahaha... padan muka!!!
aku tengok citer ni agak simple dan ada mesej tersendiri. dapat kita lihat bagaimana perasaan seseorang seniman tu bila dia bersusah payah menghasilkan sesuatu karya tetapi lepas tu diciplak!! dicetak rompak!! tak guna punya pencetak rompak!!!
aku layan aje tengok citer ni semlm. apa yg aku tak berapa nak layan masa aku tonton filem ni ialah org2 keliling. maksud aku penonton2 lain. geram plak aku.aku dah naik konfius kat dalam tu...aku nak tengok filem ke nak tgk diaorang?? aku nak dengar dialog m.nasir ke, aku nak dengar diaorang terjerit2 kat dalam tu panggil2 kwn???? aduiiii geram btul aku semlm. masing2 dh ganyut! tapi mcm budak tak akhil baligh plak perangainya. dok main tukar2 tmpt duduk. kejap ke depan kejap kebelakang!!! nak di jerkah, org2nya dah bangka2. tau lah tayangan ni free...tak pyh lah nak belakon sama kt dlm tu. sendiri mau ingat lah kawan!!!